Xi Bertemu PM India

2024-10-24 14:56:12  CRI
Share with:

China dan India harus memperkasa komunikasi dan kerjasama, memperkukuh kesalingpercayaan strategik dan saling membantu dalam usaha mengejar aspirasi pembangunan masing-masing.


Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping semasa bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi di sela-sela sidang kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia pada Rabu.


Xi berkata kedua-dua pihak harus memikul tanggungjawab antarabangsa, menjadi suri teladan dalam memperkasa kekuatan dan kesatuan negara membangun, serta menyumbang kepada multipolarisasi dunia dan pendemokrasian hubungan antarabangsa.


Beliau turut menekankan perlunya pelbagai konsensus penting dikekalkan termasuk dua negara membawa peluang pembangunan kepada satu sama lain dan bukannya ancaman, serta menjadi rakan kerjasama dan bukannya pesaing.


Sementara itu, Modi menyatakan pihaknya bersedia memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China.


Beliau komited memberi sokongan padu kepada China yang menyandang pengerusi bergilir Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), serta mengukuhkan komunikasi dan kolaborasi dengan China di bawah rangka multilateral seperti BRICS.