Realisasi Peralihan Tenaga Perlukan Sinergi Semua: MFA

2024-10-24 13:06:45  CRI
Share with:

Realisasi matlamat peralihan tenaga global memerlukan sinergi semua negara, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian.


Lin berkata negara maju patut memenuhi komitmen mereka iaitu mencipta syarat yang kondusif untuk kerjasama hijau di peringkat antarabangsa.


Amalan perlindungan, unilateralisme dan pempolitikan hanya akan menjejaskan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa, tambah beliau.


Beliau menyatakan China akan terus memegang konsep tamadun ekologi dan bersama masyarakat antarabangsa untuk memperdalam kerjasama hijau, memacu pembangunan mampan tenaga semua negara, sekali gus menyumbang kepada perjuangan sejagat dalam menangani perubahan iklim serta menggerakkan peralihan tenaga ke arah hijau dan rendah karbon.