Senarai Negara Rakan BRICS Bakal Diumum: Putin

2024-10-25 12:19:12  CRI
Share with:

Anggota BRICS mencapai kesepakatan mengenai senarai negara rakan dan senarai berkenaan akan diumumkan selepas pengesahan status dibuat negara terlibat.


Demikian dinyatakan Presiden Rusia Vladimir Putin semasa sidang media di Kazan pada Khamis.


Menurut Putin, sidang kemuncak BRICS di Kazan dihadiri delegasi dari 35 negara dan wilayah serta enam pertubuhan antarabangsa. 


Beliau berkata ia memperlihatkan kewibawaan serta peranan dimainkan mekanisme kerjasama BRICS yang terbuka kepada semua negara yang menerima konsep nilainya.