Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19 Diangkut ke Tapak Pelancaran

2024-10-25 14:55:57  CRI
Share with:

Kombinasi kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dan roket pembawa Long March-2F Y19 telah diangkut ke tapak pelancaran baru-baru ini.


Menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang terbabit di tapak pelancaran sudah dikesan berada dalam keadaan yang baik, dan pelbagai kerja pemeriksaan dan ujian akan dijalankan seterusnya sebelum pelancaran yang jadualnya akan ditetapkan menurut masa yang sesuai.


Dalam perkembangan lain, tiga angkasawan yang bertugas dalam kapal angkasa lepas Shenzhou-18 dijangka akan bertemu dengan kru Shenzhou-19, dan diterbangkan kembali ke Bumi selepas menyerahkan semua tugasan kepada kru Shenzhou-19.