Rel China-Laos Kendali 60,000 Perjalanan
2024-10-25 16:02:40 CRI
Perkhidmatan kereta api China-Laos mengendalikan sebanyak 60,000 perjalanan setakat 23 Oktober dengan hantaran penumpang mencatat 41.2 juta.
Sejak beroperasi secara rasmi pada Disember 2021, rel berkenaan muncul sebagai laluan pengangkutan penting yang menghubungkan China dengan Laos malah rantau Asia Tenggara, sekali gus membantu memacu pertukaran sosiobudaya dan pembangunan ekonomi serantau.