Israel Selesai Bedil Sasaran Tentera Iran
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Sabtu mendakwa pihaknya menyelesaikan serangan secara tepat ke atas sasaran ketenteraan di beberapa wilayah di Iran.
IDF menerusi satu kenyataan berkata jet pejuang mereka melancarkan serangan terhadap fasiliti pembuatan peluru berpandu Iran serta kemudahan ketenteraan seperti sistem peluru berpandu darat ke udara.
Agensi Berita Tasnim memetik kenyataan tentera Iran sebagai berkata sistem pertahanan udara Iran berjaya memintas operasi 'pencerobohan' oleh Israel dan kerugian akibat serangan berkenaan adalah terhad.
Menurut kenyataan itu, sebahagian pangkalan tentera di Teheran, Khuzestan dan Ilam menjadi sasaran bedilan dan mengalami 'sedikit kerosakan'.