Xi Mahu Perkhidmatan Awam Inklusif Diperkasa
Presiden Xi Jinping mahu usaha dilipatgandakan bagi memperkasa program kebajikan bersifat inklusif untuk rakyat.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menekankan peri pentingnya mengukuhkan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan asas rakyat serta menjamin taraf kehidupan mereka yang menghadapi kesukaran.
Beliau menerusi satu arahan kerja mengenai hal ehwal sivil berkata jawatankuasa Parti dan kerajaan segenap peringkat perlu menyelesaikan permasalahan yang menjadi keprihatinan masyarakat dengan menjunjung prinsip berpaksikan rakyat.
Arahan kerja itu disampaikan dalam Persidangan Hal Ehwal Sivil Kebangsaan ke-15 yang berlangsung selama dua hari di Beijing bermula Jumaat.