Tiga Saranan China ke Arah Pembangunan Bersama Selatan Global
'Selatan Global' menjadi bualan hangat ketika ini apabila menyebut perhubungan antarabangsa. Ia merujuk kepada blok pasaran baru muncul dan negara membangun, antaranya negara BRICS merupakan barisan pertama.
Presiden Xi Jinping menerusi ucapan pada dialog pemimpin 'BRICS+' menghuraikan lebih lanjut tentang pembangunan Selatan Global, dengan berkisar pada tiga aspek iaitu keamanan, pembangunan dan peradaban.
Selaku negara membangun terbesar dunia, China merupakan anggota Selatan Global yang sentiasa menyumbang kepada pembangunan bersama sambil menawarkan pendekatan baharu untuk menangani pelbagai cabaran dihadapi umat manusia.
Kini, Inisiatif Keselamatan Global (GSI) menyaksikan pencapaian penting diraih dalam banyak bidang antaranya termasuk pemeliharaan kestabilan rantau.
Sejak penyaranan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) tiga tahun lalu, sejumlah AS$20 bilion (RM86.8 bilion) dana pembangunan disediakan bagi menjalankan lebih daripada 1,100 projek, dan menyaksikan lebih 80 negara mengambil bahagian dalam Kumpulan Rakan GDI.
Inisiatif Peradaban Global (GCI) pula menyasar menggalakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun.
Tiga cadangan yang diketengahkan Presiden Xi dalam dialog pemimpin 'BRICS+' secocok dengan ketiga-tiga inisiatif tersebut sehingga membawa erti realistik.
Pemodenan merupakan aspirasi bersama seluruh manusia. Nergara Selatan Global bersama-sama melangkah ke arah pemodenan, merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah dan pencapaian yang tidak pernah berlaku dalam proses tamadun manusia.
Kini, China melipatgandakan usaha bagi memperdalam pembaharuan menyeluruh dan menggerakkan pemodenan bercirikan sendiri, sekali gus mencipta lebih banyak peluang kepada dunia.
Adalah menjadi hala tuju usaha China serta sasaran kolaborasi Selatan Global untuk memastikan hasil pemodenan dikecapi semua dan komuniti berkongsi nasib sesama insan diwujudkan.