Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Terpilih Kiribati

2024-10-28 13:11:53  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus ucapan tahniah kepada Taneti Maamau yang sebagai Presiden terpilih Kiribati untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya.


Xi menyatakan bahawa China dan Kiribati adalah kawan, rakan kongsi dan saudara yang baik. Sejak hubungan diplomatik dipulihkan pada September tahun 2019, China dan Kiribati terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memacu kerjasama yang produktif, mengeratkan pertukaran dan lawatan dalam kalangan rakyat dan antara daerah, dan sentiasa saling memahami dan menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan negara masing-masing.


Xi berkata bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Kiribati dan bersedia bersama-sama dengan Taneti Maamau mendorong hubungan dua hala berkembang dengan stabil untuk jangka masa panjang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.