Keuntungan Syarikat Industri Besar China Cecah RMB5 Trilion Dari Jan Hingga Sept 2024

2024-10-28 14:44:32  CRI
Share with:

Jumlah keuntungan syarikat industri berskala besar di China mencecah RMB5 trilion (RM3 trilion) dalam sembilan bulan pertama tahun ini, menurut statistik terkini yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) China pada Ahad.

Sektor baharu yang diwakili industri pembuatan berteknologi tinggi menyaksikan peningkatan keuntungan yang lebih pesat, sekali gus memperlihatkan ketahanan ekonomi industri negara Tembok Besar ini.

Menurut statistik, pelaburan dalam industri berteknologi tinggi dalam tiga suku pertama 2024 bertambah sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sementara pembangunan kuasa produktif kualiti baharu semakin diperkukuh, dan industri pembuatan berkembang ke arah lebih pintar, lebih hijau dan tahap lebih tinggi. 


Ia sekali gus memberikan sokongan penting untuk keuntungan syarikat industri berskala besar di negara ini.