Laluan Shanghai-Hanoi, Slot ke-50 dalam Jadual Penerbangan China-Vietnam
2024-10-28 13:44:31 CRI
Sebuah pesawat milik Air China yang berlepas dari Shanghai, China mendarat di Hanoi, Vietnam pada petang Ahad, menandakan beroperasinya secara rasmi slot ke-50 dalam jadual penerbangan awam kedua-dua negara.
Ketibaan penumpang serta anak kapal pesawat itu turut mendapat sambutan mesra di lapangan terbang Hanoi pada hari itu.
Statistik daripada jabatan pelancongan Vietnam menunjukkan bahawa ketibaan pelancong China di negaranya melebihi 2.7 juta orang dari Januari hingga September 2024, meningkat sebanyak 141% tahun ke tahun.