Cerita Kampung Kopi "No 1" di China

2024-10-28 15:44:36  CRI
Share with:

Kampung Xinzhai yang terletak di tengah-tengah bandar Baoshan, provinsi Yunan merupakan sebuah destinasi yang telah menjadi permata tersembunyi dalam dunia kopi. Xinzhai bukan sahaja terkenal dengan landskap dan pemandangan yang menakjubkan, malah ia juga merupakan ladang kopi nombor satu di China.


Dengan tanah yang subur dan iklim yang sempurna untuk penanaman kopi, kampung ini telah menghasilkan biji kopi yang berkualiti tinggi yang menarik minat penggemar kopi dari seluruh dunia.


Di sini, secawan kopi merupakan cerminan keaslian rasa dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun.


Mari ikuti perjalanan juruacara Anis Suhailah dalam menerokai keaslian biji kopi di kampung kopi "No.1" di negara Tembok Besar.