Wacana Xi mengenai Kesihatan China Diterbitkan
Kompilasi petikan wacana Presiden China, Xi Jinping mengenai perkembangan China dalam bidang kesihatan diterbitkan oleh Central Party Literature Press mutakhir ini untuk pengedaran di peringkat kebangsaan.
Disusun oleh Institut Sejarah dan Kepustakaan Parti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, buku itu merangkumi sebahagian ucapan dan kenyataan yang dibuat Presiden Xi mengenai perkembangan China dalam bidang kesihatan, dan dipercayai membawa makna besar untuk menggalakkan perkembangan China dalam sektor sanitasi dan kesihatan pada era baharu, dan secara menyeluruh meletakkan asas yang kukuh dan sihat untuk memangkin agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan bangsa melalui pemodenan ala China.
Buku itu mengandungi 292 petikan relevan membabitkan sepuluh subjek yang dipetik daripada lebih 140 karya lisan dan bertulis yang dibuat Xi antara November 2012 hingga September 2024, dengan sebahagiannya merupakan terbitan pertama untuk bacaan umum.