Yiwu Bina Pusat Penstriman Langsung 24/7 untuk Peniaga Dunia
Cubalah bayangkan terdapat sebuah pangkalan penstriman langsung yang boleh menampung lebih 100 individu untuk membuat penstriman langsung pada satu-satu masa.
Pangkalan yang besar itu ialah Pangkalan Penstriman Langsung Gudang Awan Chinagoods yang terletak di Yiwu, provinsi Zhejiang di timur China.
Di pangkalan tersebut terdapat kawasan gudang awan seluas 13,000 meter persegi, dua bilik penstriman langsung, dan sebuah bilik pilih produk. Sebanyak lebih 100,000 jenis produk ditunjukkan di gudang awan tersebut dan kebanyakannya ialah barang aksesori.
Yang lebih menarik adalah pangkalan itu terbuka untuk peniaga dari seluruh dunia untuk penggunaan percuma 24 jam sehari.
Pangkalan itu menyediakan adegen penstriman langsung 24 jam dan perkhidmatan hartanah yang berefisinan tinggi, mudah dan boleh berkongsi kepada peniaga. Selain itu, pangkalan tersebut juga menyediakan perkhidmatan panduan memilih produk, koordinasi antara perusahaan hulu dan hilir dengan platform, serta membantu peniaga mengembangkan urus niaga mereka.