Pupuk Pelajar Celik Teknologi Maklumat

2024-10-28 11:00:04  CRI
Share with:

Daerah Xincheng di bandar Xi’an menganjurkan siri aktiviti menarik untuk membolehkan pelajar sekolah rendah dan menengah menambah ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat.


Lima acara pertandingan diatur sebagai pengisian antaranya termasuk perlawanan robotik bola sepak, eksperimen sains dan pertandingan model kenderaan yang menarik penyertaan kira-kira 700 pelajar tempatan.