China Bertekad Bela Negara dari Diresapi Kuasa Subversif Luar

2024-10-29 14:01:44  CRI
Share with:

China bertekad memelihara kedaulatan dan keamanan negara serta kepentingan pembangunan dari diresapi kuasa subversif luar.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam satu sidang media pada Isnin berhubung modus operandi Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syariakt (AS) yang memperdaya kakitangan Beijing menyerah ke Washington.


Menurut The Wall Street Journal, kem Barat mendakwa China sedang mempergiat pelaksanaan program perisikan yang "skalanya yang tiada tolok banding", dengan tujuannya untuk menjejaskan ekonomi negara pesaing dan menggalakkan ekonomi negara sendiri. Ditambah lagi, pelbagai agensi risikan Barat yang tidak mampu menyekat kegiatan China terpaksa berputih mata.


Lin berkata, tidak wujud apa-apa pun fakta dan bukti yang menyakinkan yang boleh menyokong berita palsu yang digembar-gemburkan oleh segelintir media Barat sejak sekian lama berhubung apa yang disebut kegiatan perisikan yang dilakukan China.


Menurut jurucakap itu, China melontarkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap perbuatan AS yang mewartakan panduan operasi dalam bahasa Mandarin melalui media sosial untuk kakitangan China yang terpedaya tentang bagaimana menyerah ke CIA, dan menyifatkannya sebagai pencabulan biadab terhadap kepentingan negaranya.