Berkunjung ke Chenghai, “Kota Mainan” di China
Pameran Mainan dan Hadiah Antarabangsa Shantou (Chenghai) ke-23 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Shantou, provinsi Guangdong di selatan China pada 25 hingga 27 Okt 2024.
Pameran edisi ini buat julung-julung kalinya menyediakan ruang pameran antarabangsa yang disertai 23 perusahaan antarabangsa.
Daerah Chenghai di bandar Shantou digelar sebagai "Kota Mainan" kerana ada sejumlah besar perusahaan pengeluar mainan bertapak di sini.
Pameran mainan kali ini memanfaatkan kelebihan kluster industri mainan tempatan Chenghai, secara proaktif meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara perusahaan tempatan dengan perusahaan asing, di samping menyediakan peluang kepada perusahaan antaragbangsa untuk melebarkan sayap mereka ke pasaran China.