CISCE Kedua Saksikan Pertambahan Jumlah Pempamer 20%

2024-10-29 13:59:47  CRI
Share with:

Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China (CISCE) dijadualkan di Beijing pada 26 hingga 30 November, ujar Naib Ketua Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Zhang Shaogang dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara pada hari ini.


Dimaklumkan, majlis perasmian ekspo yang bertajuk "Rantaian Global Cipta Masa Depan Bersama" itu akan diserikan dengan kehadiran lebih 1,000 wakil politik dan ekonomi dari dalam dan luar negeri.


Dimaklumkan lagi, ekspo yang memasuki edisi kedua itu akan menyaksikan pertambahan pempamer hampir 20 peratus berbanding edisi pertama, yang dijangka mencatat lebih 600 syarikat yang juga dijangka boleh menggalakkan penglibatan lebih 400 perusahaan dari industri hulu dan hilir.