Xi Ucap Tahniah kepada Raja Sihamoni atas Ulang Tahun ke-20 Pertabalan Baginda

2024-10-29 12:10:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni bersempena dengan ulang tahun ke-20 pertabalan baginda, pada Selasa.


Xi berkata, sejak naik takhta, Raja Sihamoni membuat sumbangan besar kepada Kemboja dari segi memelihara keamanan dan kestabilan, memacu pembangunan dan pemulihan, serta menggalakkan hubungan dengan luar negara, di samping beriltizam mengekalkan persahabatan tradisional dengan China.


Xi menyatakan bahawa komuniti berkongsi nasib China-Kemboja telah memasuki fasa baharu yang berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berstandard tinggi. Manakala, rangka kerjasama 'intan enam sisi' terus diperkasakan dan pembinaan 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras' juga melakar kemajuan signifikan.


Beliau menyifatkan Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja yang berlangsungkan dengan pengisian siri aktiviti menarik sebagai membawa limpahan manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.


Xi mengulangi pendirian yang mementingkan pembangunan hubungan dua negara, dan menghargai persahabatan tradisional dengan keluarga diraja Kemboja.


Beliau turut menzahirkan kesediaan untuk berusaha bersama Raja Sihamoni untuk mempertingkatkan bimbingan strategik hubungan dua hala bagi menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja ke arah membuahkan hasil yang lebih banyak dan memberangsangkan.