Kenapa AS Gembar-gemburkan Semula Apa Yang Disebut"Perisikan China"?
Pada suatu ketika dahulu, segelintir badan media dan agensi perisikan Barat memilih melancarkan serangan baharu terhadap China dalam bidang media sosial melalui menggembar-gemburkan semula apa yang disebut "ancaman perisikan China", dan memfitnah bahawa terdapat "hacker China menggodam jaringan telekomunikasi Amerika Syarikat (AS)".
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan badan media arus perdana, termasuk The Wall Street Journal dan The New York Times didapati pernah membuat liputan seumpama itu. Mereka asyik menguar-uarkan liputan berkenaan "objektif dan adil", tanpa menyediakan bukti yang menyakinkan untuk menyokong apa yang disebut "fakta".
Menurut Profesor Li Haidong dari Universiti Hal Ehwal Luar China, liputan media Barat seumpama itu mencerminkan mereka telah dijadikan alat yang berbahaya dalam persaingan AS dengan China, dengan tujuannya untuk mencetuskan fenomena ketidakpercayaan dalam masyarakat dan alam politik Washington terhadap Beijing, menjana impak dalam bidang media Barat yang kondusif bagi persaingan dan konfrontasi dengan China, sekaligus menyediakan acuan yang lebih keras untuk kerajaan penggal baharu.
Maklumlah agensi perisikan AS sudah biasa sewenang-wenangnya menubuhkan jaringan perisikan yang luas dalam senario global, menghasut warganegara asing menyerah, mencuri rahsia negara lain, mencampur tangan hal ehwal dalaman negara asing, dan melibatkan diri dalam tindakan menumbangkan rejim asing sejak sekian lama.
Antaranya, China merupakan sasaran dan mangsa utama dalam program "pencurian rahsia dalam talian" tajaan AS. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah institusi China seperti Universiti Politeknikal Barat Laut dan Pusat Pemantauan Gempa Bumi Wuhan, pernah mengalami serangan hacker dari seberang laut yang dilancarkan oleh jabatan keselamatan AS.
Seawal tahun 2021, Agensi Risikan Pusat (CIA) telah menubuhkan apa yang disebut "Pusat Tugasan China" untuk meresapi China melalui perisikan untuk jangka masa panjang, bahkan mewartakan panduan operasi dalam bahasa Mandarin melalui media sosial untuk kakitangan China yang terpedaya tentang bagaimana menyerah ke CIA.
Sehubung itu, China pun menyatakan tekadnya untuk membanteras kegiatan kuasa luar melibatkan pencurian rahsia negara, dan sama sekali tidak berganjak dari memelihara kedaulatan dan keamanan negara serta kepenting pembangunan.