Sistem Kemanusiaan Gaza Mungkin Runtuh Tanpa Kehadiran UNRWA - PBB

2024-10-30 14:47:10  CRI
Share with:


Baru-baru ini, Parlimen (Knesset) Israel telah meluluskan dua rang undang-undang untuk melarang Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) daripada terus menjalankan aktiviti berkenaan bermula tahun depan, dan memutuskan hubungan rasmi antara Israel dengan UNRWA. 


Pelbagai agensi PBB turut mengeluarkan bantahan di samping menegaskan peranan UNRWA yang tidak dapat digantikan. Sistem kemanusiaan di semenanjung Gaza mungkin runtuh tanpa kehadiran UNRWA yang sudah diharamkan Israel.


Demikian dimaklumkan daripada satu sidang akhbar anjuran pejabat PBB di Geneva semalam. 

Ketua Pengarah Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), Amy Pope berkata, pada puluhan tahun kebelakangan ini, UNRWA telah memainkan "peranan yang tidak boleh digantikan" dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk hidup harian penduduk Gaza seperti pendidikan dan perubatan.


Jurucakap Tabung Kewangan Kanak-kanak PBB (UNICEF), James Elder pula berkata, sekiranya UNRWA tidak dapat beroperasi lagi, sistem kemanusiaan Gaza mungkin akan runtuh.

Jurucakap Pejabat Pegawai Kanan Hal Ehwal Hak Asasi Manusia PBB, Jeremy Laurance berkata, perkhidmatan pembekalan makanan, kediaman, perubatan dan pendidikan yang relevan dengan kebanyakan penduduk di kawasan Gaza akan berhenti jika tiada UNRWA.