7,000 Tren Kargo China-Eropah (Asia) Melalui Pintu Horgos Sejak Awal 2024

2024-10-30 15:49:38  CRI
Share with:

Sebuah tren kargo yang membawa barang keperluan harian dan peralatan elektromekanik bertolak dari wilayah Xinjiang menuju ke Almaty, Kazakhstan melalui pintu keluar masuk Horgos, pada petang Selasa. 

Ini tren kargo China-Eropah (Asia) ke-7,000 yang melalui pintu Horgos sejak awal tahun ini. 


Setakat ini, jumlah tren kargo China-Eropah (Asia) yang berjalan melalui pintu Horgos telah mencecah 40,000 kali, melibatkan 85 laluan yang menyambungkan 46 bandar dan kawasan di 18 negara luar.