China Sokong UNSC Seboleh Mungkin Usahakan Gencatan Senjata Gaza

2024-10-30 11:43:54  CRI
Share with:

Dalam satu sidang terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi semasa di semenanjung Gaza semalam waktu tempatan, wakil tetap China di PBB, Fu Cong berkata, menyegerakan gencatan senjata yang berkekalan merupakan prasyarat bagi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan situasi daripada meruncing, dan tidak boleh ditangguhkan lagi dengan apa-apa pun alasan.

Pada masa yang sama, tindakan menyelamat dan bantuan kemanusiaan di Gaza adalah bertunjangkan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) yang mendapat mandat dari Perhimpunan Agung PBB. Namun Parlimen Israel telah meluluskan dua rang undang-undang untuk menyekat dan menutup UNRWA tanpa mempedulikan bantahan keras dari masyarakat antarabangsa. China sudah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Israel itu.


Fu berkata, China menyokong UNSC seboleh mungkin mengambil tindakan selanjutnya untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.