EU Tambah Tarif BEV Bagaikan Tepuk Air di Dulang Terkena Muka Sendiri

2024-10-31 16:20:53  CRI
Share with:

Suruhanjaya Eropah pada 29 Oktober memaklumkan bahawa pihaknya memutuskan mengenakan tarif anti-subsidi muktamad ke atas BEV yang diimport dari China untuk tempoh lima tahun bermula hari ini. Antaranya tarif tambah terhadap produk buatan syarikat BYD sebanyak 17.0%, 18.8% bagi GEELY dan 35.3% bagi SAIC, sedangkan tarif tambah terhadap semua syarikat automotif yang "bekerjasama" kecuali Tesla adalah 20.7%, dan bagi syarikat yang "tidak bekerjasama" akan dikenakan sebanyak 35.3%.


Sehubungan itu, China menyatakan dengan jelas bahawa tidak bersetuju dan tidak menerima keputusan itu, dan turut memfailkan pertuduhan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).  Pelbagai langkah yang diambil pihak EU, di mata China, tidak rasional dan tidak selaras dengan peraturan berkenana, yang sebenarnya merupakan amalan perlindungan perdagangan atas nama pembelaan "persaingan adil".

Tindakan EU itu akan menjadikan kestabilan rantaian pembekalan industri automotif, beserta kepentingan milik syarikat kenderaan dan kalangan pengguna Eropah terjejas. 


Luca de Meo, CEO Renault berkata, "Proses mengembangkan BEV di Eropah akan menjadi semakin susah tanpa kerjasama yang baik dengan syarikat China". Syarikat BMW mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa tindakan yang diambil EU itu tidak dapat membantu pengilang kenderaan Eropah meningkatkan daya saing, sebaliknya hanya akan menjadikan urusa niaga syarikat berkenaan terjejas di lingkungan sejagat. Pengerusi Persatuan Industri Automobil Jerman, Müller dalam kenyataannya menganggap tindakan EU itu sebagai satu pengunduran dalam perdagnagan bebas sejagat.


Sementara itu, tindakan EU itu dijangka akan melahirkan pengaruh negatif kepada pelaburan dan kerjasama antara China dan Eropah, menyebabkan transformasi hijau Eropah dan usaha sejagat mengatasi perubahan iklim terjejas, malah menimbulkan perbalahan dalam blok itu yang boleh mengundang risiko politik.


China sentiasa menganjurkan penyelesaian pertikaian perdagangan melalui dialog dan rundingan, dan berharap agar pihak EU bertindak sehaluan, mempertimbangkan keprihatinan pihak masing-masing dan mewujudkan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dengan secepat mungkin. Janganlah pekak ke seruan rasional dan sebenar daripada sektor korporat Eropah, iaitu "kami memerlukan peraturan perniagaan yang adil, bukan tarif tambah".