Presiden OCA Yakin Sukan Asia Musim Sejuk 2025 Berjalan Lancar

2024-10-31 13:08:37  CRI
Share with:

Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Raja Randhir Singh menyampaikan ucapan melalui pautan video dalam aktiviti kira detik sempena 100 hari sebelum perasmian Sukan Asia Musim Sejuk ke-9 yang diadakan di bandar Harbin, China pada malam Rabu, dan menyatakan keyakinan serta memberi restu untuk mendoakan temasya sukan itu berjalan lancar.

Singh berkata, Harbin pernah meninggalkan kenangan yang sangat indah kepada beliau dalam lawatannya ke bandar itu semasa berlangsungnya Sukan Asia Musim Sejuk ketiga pada tahun 1996.


“China mempunyai pengalaman yang sangat kaya dalam menganjurkan temasya sukan yang komprehensif, dan Harbin sudah memperlihatkan kecekapan dan profesionalisme yang tinggi, serta pencapaian yang luar biasa dalam kerja persiapan sukan edisi ini,” kata beliau.

Sukan Asia Musim Sejuk ke-9 akan dirasmikan pada 7 Februari 2025.