Taman Shougang, dari Kilang Keluli ke Mercu Tanda di Barat Ibu Kota
Di barat kota Beijing, terdapat sebuah pangkalan industri yang berusia seratus tahun, iaitu Taman Shougang (syarikat keluli ibu kota).
Pada tahun 2015, Beijing dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan ini memberikan peluang baharu bagi transformasi dan pembangunan pangkalan industri lama tersebut.
Taman Shougang bukan sahaja menjadi gelanggang pertandingan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, ia juga menjadi taman perindustrian yang menarik penyertaan banyak syarikat selepas sukan Olimpik itu.
Jumlah perusahaan sains dan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi aeroangkasa mewakili lebih 70 peratus dalam jumlah perusahaan di taman Shougang.
Jom ikuti video ini untuk menyaksikan transformasi Taman Shougang dari tinggalan syarikat keluli menjadi taman perindustrian baharu di barat ibu kota.