Apa Yang Didapat Filipina dari AS? "Kurma Manis" atau "Pil Racun"?

2024-11-01 17:34:17  CRI
Share with:

Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Filipina baru-baru ini mengumumkan bahawa AS akan menghulurkan modal sebanyak USD8 juta (RM35 juta) untuk membantu Pasukan Pengawal Pantai Filipina melakukan penaiktarafan yang moden.


Nampaknya ini merupakan "sebiji kurma manis" yang didapat Filipina dari AS yang menghargai provokasinya di Laut China Selatan (LCS) yang dilihat selaras dengan pelaksanaan"Strategi Indo-Pasifik"AS. Namun jika mengulas lanjut, Filipina akan menanggung kos yang sama sekali tidak berbaloi.


AS mendakwa bahawa pihaknya menghulurkan bantuan kepada Filipina sama dengan membawa "keselamatan" kepadanya. Nah, berfikirlah, apa maksudnya jika sebuah negara kuasa besar yang mempunyai senjata nuklear seperti AS menempatkan senjata strategik ofensif di depan pintu negara lain? Jawapannya ialah pastil akan membawa ancaman teruk terhadap kedamaian serantau, mencetuskan perasingan senjata dan meruncingkan ketegangan dalam situasi konfrontasi.


Dari segi sejarah, Filipina pernah dijajah AS dalam suatu tempoh masa yang panjang dan terperangkap dalam pengaruh kebudayaan penjajahan tradisional.


Dari segi realiti, kerajaan Filipina memilih satu strategi yang salah belaka, iaitu mahu hidup dalam suasana selesa dengan bersandarkan pada AS tanpa menyedari bahawa ia hanya diperalatkan sebagai satu catur dalam landskap permainan negara Uncle Sam.

AS melancarkan "Strategi Indo-Pasifik" sejak 2023,  dan turut mengheret Filipina yang mempunyai perselisihan dengan China di LCS ke dalam "permainan catur"nya, sekali gus memberi "sokongan" kepada Filipina pada aspek diplomatik, perisikan dan alam media sehingga negara itu berangan-angan boleh memperoleh suatu faedah dari AS dalam bidang keselamatan dan pembangunan ekonomi.


Namun benarkah AS boleh disandarkan? Apa yang diterima Filipina dari AS? "Kurma manis" atau "Pil racun"?


Walaupun AS nampaknya telah memberikan sokongan modal kepada Filipina, namun menurut pandangan penganalisis, sokongan AS itu mungkin hanya cakap besar sahaja. Misalnya pelbagai bantuan dan sokongan yang diberikan AS sebenarnya dilengkapi syarat yang bermacam-macam, dan Filipina diminta perlu membayar kos untuk latihan berkenaan. Akhirnya, hanya AS sahaja yang boleh mengaut keuntungan. Ini adalah terbukti dalam tindakannya sebelum ini yang menghulurkan bantuan kepada Ukraine. 


Suatu ketika dahulu tahun ini, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pernah menguar-uarkan, "kebanyakan duit bantuan kepada tentera Ukraine akan mengalir kembali ke AS dan menawarkan peluang pekerjaan dalam bilangan besar".


Kerajaan Filipina dinasihati berhenti melaksanakan strategi yang salah, jika tidak, negaranya akan kehilangan kebebasan dan kemerdekaan, malah dihantui perbalahan dalaman yang boleh menjadikan masyarakat tempatan berpecah-belah.