Xi Isytiharkan "Peraturan Interim mengenai Pengurusan Pasukan Persediaan"

2024-11-01 11:22:52  CRI
Share with:

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping telah menandatangani dekri untuk mengisytiharkan “Peraturan Interim mengenai Pengurusan Pasukan Persediaan” baru-baru ini.


"Peraturan" yang berperanan sebagai garis panduan dan rujukan bagi memperhebat pembinaan pasukan persediaan itu, memberi tumpuan kepada menggalakkan pelaksanaan "Undang-undang Republik Rakyat China mengenai Pasukan Persediaan", mewujudkan sistem pengurusan pasukan persediaan pada era baharu, dan menambah baik pelbagai sistem yang melibatkan bidang pemilihan dan penambahan kakitangan pasukan persediaan, penganugerahan, kenaikan pangkat dan gelaran, pelantikan jawatan, pendidikan dan latihan, penilaian, jaminan kehidupan dan persaraan daripada perkhidmatan.