Indonesia Serahkan Permohonan Anggotai BRICS
2024-11-01 11:29:22 CRI
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Roy Soemirat semalam mendedahkan bahawa negaranya telah menyerahkan permohonan untuk menganggotai BRICS, dan berharap agar permohonan itu dapat diluluskan. Keputusan maktamad akan dibuat oleh seluruh negara anggota BRICS.
Roy berkata bahawa jika dapat menjadi anggota kepada BRICS, Indonesia boleh memperluas hubungan rakan ekonomi dengan pelbagai anggota blok itu, di samping memberi sumbangan yang lebih proaktif dalam menghadapi krisis global.