Xi Ucap Takziah kepada Raja Sepanyol atas Banjir Dahsyat

2024-11-02 19:33:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengucap takziah kepada Raja Sepanyol, Felipe VI atas bencana banjir dahsyat yang melanda negara itu.

 

Xi menyatakan bahawa amat terkejut setelah diberitahu tentang bencana banjir yang dahsyat yang berlaku di beberapa tempat Sepanyol dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda dalam bilangan yang besar.


"Saya atas nama kerajaan dan rakyat China menyampaikan dukacita kepada mangsa yang terkorban serta rasa simpati yang ikhlas kepada keluarga mangsa, dan yakin di bawah pimpinan raja Felipe VI dan kerajaan Sepanyol, kampung halaman mangsa banjir pasti dapat dibangunkan semula dengan seawal mungkin setelah mengatasi kesukaran," kata Xi.