Projek Fotovoltaik Beroperasi di atas Kolam Perikanan
2024-11-02 15:17:02 CRI
Sebanyak 70% panel solar bagi Projek Perikanan-Fotovoltaik Tayang yakni yang pertama di bandar Qionghai provinsi Hainan, telah selesai dipasang, dan selebihnya dijangka selesai dipasang menjelang hujung tahun ini. Menurut maklumat berkenaan, projek tenaga hijau untuk perikanan dan penjanaan elektrik melalui kemudahan fotovoltaik yang bertapak di kolam ikan seluas lebih 600 hektar di pekan Tayang itu, menelan peruntukan sebanyak RMB540 juta (RM350 juta). Walaupun masih berada dalam pembinaan yang belum selesai, projek itu sudah mampu menjana elektrik mula tahun lepas, dengan kapasiti tahunannya mencecah kira-kira 125 juta kilowatt jam.