9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
2024-11-02 15:55:30 CRI
China menambah Slovakia, Norway, Finland, Denmark, Iceland, Andorra, Monaco, Liechtenstein, dan Korea Selatan ke dalam senarai negara asing yang di bawah dasar bebas visa.
Demikian dinyatakan Jabatan Konsul Kementerian Luar China.
Dimaklumkan, pemegang pasport biasa dari 9 negara tersebut yang bertujuan untuk perniagaan, pelancongan, menziarahi sanak saudara atau transit boleh mendapat layanan bebas visa di China sehingga 15 hari bermula 8 November 2024 hingga 31 Disember 2025.