China, Slovakia Tingkatkan Hubungan Dua Hala ke Perkongsian Strategik

2024-11-02 14:19:31  CRI
Share with:

Presien China, Xi Jinping telah menerima kunjungan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang berada dalam jadual lawatan rasmi ke China di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Jumaat.


Xi menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Slovakia. Kedua-dua pihak memutuskan meningkatkan hubungan dua hala ke perkongsian strategik, yang dilihat selaras dengan keperluan pembangunan kedua-dua negara pada masa depan, dan akan dijadikan momentum yang kuat bagi kerjasama bilateral. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Slovakia membuka lembaran baharu dalam mendorong hubungan dua hala ke arah yang lebih holistik.  


"Kedua-dua pihak akan terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempertingkat komunikasi strategik, mengambil kira kepentingan teras dan keprihatinan utama pihak masing-masing.


"Hendaklah bertindak pantas memperluas kerjasama dengan memanfaatkan jawatankuasa kerjasama antara kerajaan kedua-dua negara yang baharu ditubuhkan, meningkatkan penyelarasan dalam bidang sumber tenaga alternatif, pengangkutan dan logistik, pembinaan infrastrukur dan pengendalian sumber air. China menggalakkan perusahaan domestiknya untuk melabur di Slovakia , dan juga mengalu-alukan perusahaan Slovakia meneroka pasaran di China," kata Xi.


Antara aspek yang lain disebut Xi ialah kedua-dua negara dikehendaki menggalakkan pertukaran sosiobudaya dan mempertingkat kerjasama di arena antarabangsa.


"China amat mementingkan hubungan dengan Eropah. Tahun depan adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Kesatuan Eropah (EU). Adalah diharapkan bahawa pelbagai agensi EU penggel baharu mengekalkan perkongsian EU-China, mengawal perselisihan dengan baik, serta mengelakkan masalah ekonomi dan perdagangan daripada dipolitikkan," tambah beliau.

Fico pula menyatakan bahawa Slovakia konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, dan menentang sebarang tindakan yang mencampuri urusan dalaman negara lain. Selain itu, Slovakia menyanjung tinggi tiga inisiatif global saranan Presiden Xi, dan bersedia mengeratkan komunikasi dan koordinasi mutilateral dengan China.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai krisis Ukraine.


Selepas pertemuan itu berakhir, kedua-dua pihak mengeluarkan Perisytiharan Bersama Republik Rakyat China-Republik Slovakia tentang Pembinaan Perkongsian Strategik.