PM Li Bakal Kadiri Majlis Perasmian CIIE ke-7
2024-11-03 13:59:53 CRI
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 dijadualkan berlangsung di bandar Shanghai dari 5 hingga 10 November. Perdana Menteri China, Li Qiang akan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian dan menghadiri aktiviti berkenaan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning hari ini, atas undangan PM Li Qiang, beberapa rakan sejawatnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Malaysia, Abdulla Nigmatovich Aripov dari Uzbekstan, Robert Fico dari Slovakia, Olzhas Bektenov dari Kazakhstan, Luvsannamsrai Oyun-Erdene dari Mongolia dan Milos Vucevic dari Serbia, akan bersama-sama menghadiri majlis pembukaan CIIE ke-7 dan aktiviti berkenaan.