Persidangan Pertukaran Bakat Antarabangsa China ke-22 Dirasmikan di Shanghai

2024-11-03 14:34:16  CRI
Share with:

Persidangan Pertukaran Bakat Antarabangsa China ke-22 membuka tirainya di bandar Shanghai pada Sabtu.


Ahli Dewan Negara China Shen Yiqin menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Beliau menekankan bahawa dasar mengenai bakat perlu dilaksanakan dengan lebih proaktif, terbuka dan berkesan, sedang pertukaran bakat antarabangsa perlu diperkukuh untuk menyediakan sokongan dalam bidang modal insan dan keintelektualan sepanjang proses pemodenan ala China.


“China akan terus menambahbaikkan mekanisme sokongan dan jaminan untuk menarik bakat dari luar negara, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pakar dan modal insan yang memilih bekerja dan menetap di China, dan mengalu-alukan bakat dari seluruh dunia datang ke China dan mengambil bahagian dalam pembinaan pemodenan ala China.


“China juga bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memperhebatkan pertukaran dalam bidang modal insan dengan memanfaatkan kelebihan milik masing-masing, dan mewujudkan situasi sama menang dalam bidang sumber bakat dan keintelektualan antarabangsa,” katanya.