"Minggu Indonesia" Buka Tirai di Hong Kong

2024-11-03 14:08:04  CRI
Share with:

"Minggu Indonesia 2024" anjuran Konsulat Jeneral Indonesia di Hong Kong telah berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.


Dalam "Seminar dan Forum Ekonomi, Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan Indonesia" sempena Minggu Indonesia kali ini, para tetamu telah bersama-sama meneliti dan membincangkan prospek kerjasama yang cerah antara Hong Kong dengan pelbagai negara di rantau Asia Tenggara terutamanya Indonesia.


Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu dalam ucapannya menyatakan bahawa pihaknya akan meletakkan keutamaan pada pelaksanaan langkah-langkah yang bermanfaat bagi pelbagai negara anggota ASEAN terutamanya Indonesia, seperti mana yang disebut dalam laporan pentadbiran ketiga yang diumumkannya dua minggu yang lalu.


Lee mengalu-alukan sektor korporat Indonesia membuatkan Hong Kong sebagai pintu masuk ke pasaran besar di Tanah Besar China, dan menikmati kemudahan dalam memperluas urusniaganya ke kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao dengan memanfaatkan lokasi geografi Hong Kong sebagai hab kewangan antarabangsa, pengangkutan dan perdagangan. 


Beliau juga berharap Hong Kong seawal mungkin menganggotai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dilihat kondusif bagi erus meningkatkan pertukaran perniagaan, perdagangan dan pelaburan dengan Indonesia.