Empat Maut Kemalangan Trafik di AS
2024-11-04 12:35:59 CRI

Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 17 lagi cedera dalam kemalangan trafik di Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu malam waktu tempatan.
Menurut polis tempatan, kemalangan yang berlaku di lebuh raya itu menyebabkan lebih sepuluh kereta terbakar. Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan, antaranya beberapa orang cedera parah.

