Jumlah Terminal IoT China Dijangka Lebihi 3 Bilion

2024-11-04 17:01:31  CRI
Share with:

Jumlah pengguna terminal internet benda (IoT) di China mencapai 2.56 bilion setakat penghujung Ogos lalu, menurut Kertas Putih Ekonomi Digital IoT Dunia yang diumumkan sempena Persidangan IoT Dunia 2024 yang diadakan pada 3 Nov.


Kertas putih itu meramalkan jumlah keterhubungan IoT di seluruh China dijangka akan melebihi 3 bilion menjelang akhir tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persidangan IoT Dunia He Xuming berkata China kini berada di barisan paling depan di dunia dalam pembinaan prasarana IoT serta inovasi dan pembangunan ekonomi digital.


"Jumlah penambahan stesen pangkalan 5G untuk kegunaan IoT di China dijangka melebihi 4.3 juta sepanjang tahun ini," kata He.


Pelaburan dalam ekonomi digital pembinaan prasarana IoT menyumbang lebih daripada 60 peratus daripada pelaburan global, dan nilai ekonomi digital IoT dunia dianggarkan melebihi USD50 trilion menjelang 2030.