China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi

2024-11-05 12:39:26  CRI
Share with:

Diplomat tertinggi China Wang Yi bersama penasihat khas Kabinet Jepun yang juga setiausaha agung Sekretariat Keselamatan Nasional Takeo Akiba melancarkan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tinggi China-Jepun di Beijing pada Isnin.


Wang yang menyandang jawatan pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata hubungan Beijing-Tokyo berada di fasa kritikal dalam usaha penambahbaikan.


Kedua-dua pihak harus mengikut konsensus antara pemimpin dan mengekalkan haluan ke arah menambah baik hubungan bilateral sehingga mewujudkan jalinan ikatan yang konstruktif, stabil dan memenuhi keperluan era baharu.


Wang berkata Jepun harus mempunyai pemahaman yang objektif dan rasional tentang China, menepati janji dibuatnya dalam isu Taiwan serta menjaga asas politik hubungan dua negara.

Jepun digesa supaya bertindak secara praktikal dalam pelaksanaan konsensus penting iaitu menjadi rakan kongsi bagi satu sama lain dan bukannya ancaman, di samping menggerakkan pembangunan hubungan dua hala yang mantap untuk jangka panjang.


Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk mematuhi prinsip dan konsensus yang termaktub dalam empat dokumen politik China-Jepun dan berikrar memajukan hubungan strategik yang saling menguntungkan secara menyeluruh.


Antara persetujuan lain yang dicapai termasuk Beijing dan Tokyo akan mengekalkan hubungan peringkat tinggi serta dialog dan pertukaran dalam pelbagai bidang, dan menghantar lebih banyak isyarat yang positif kepada dunia luar.