Bilangan Pempamer CIIE ke-7 Catat Rekod Baharu
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh yang bertemakan 'New Era, Shared Future' dijadual berlangsung di Shanghai bermula 5 hingga 10 November.
Sebagai ekspo peringkat negara pertama di dunia yang memfokuskan aspek pengimportan, enam edisi CIIE sebelum ini menyaksikan jumlah kumulatif transaksi dirancang mencecah USD420 bilion (RM1.83 trilion).
Dengan ruang pameran berkeluasan lebih 420,000 meter persegi, CIIE kali ini menarik 152 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa untuk menyertai pameran negara dan pameran korporat.
Sebanyak 297 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju sektor berkenaan menyertai CIIE edisi ketujuh, sekali gus mencipta rekod baharu.
Selain itu, lebih 170 produk berteknologi baharu yang dibawa 120 syarikat pempamer akan membuat debut melibatkan sektor makanan, produk pertanian, barang pengguna, peralatan, automobil, perubatan dan sebagainya.