PM Li Qiang akan Hadir Sidang Kemuncak GMS Ke-8
Sidang kemuncak Kerjasama Sub-kawasan Mekong Besar (GMS) ke-8 akan diadakan di Kunming, provinsi Yunnan pada 6 hingga 7 Nov. Perdana Menteri China Li Qiang akan mempengerusikan sidang kemuncak itu.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin berkata, dengan usaha bersama enam anggota termasuk China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam serta Bank Pembangunan Asia (ADB), GMS secara proaktif memacu pembangunan terselaras sosioekonomi dan mendorong pembinaan integrasi serantau, selain memberikan kebaikan besar kepada rakyat di negara-negara terlibat, sejak mekanisme kerjasama ekonomi serantau itu ditubuhkan lebih 30 tahun dahulu.