Laporan Keterbukaan Dunia 2024 Dikeluarkan
Laporan Keterbukaan Dunia 2024 diumumkan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao di Shanghai pada Selasa.
Laporan itu mengandungi beberapa indeks teras termasuk indeks keterbukaan dunia yang dikaji berdasarkan tahap keterbukaan 129 negara dan wilayah dari 2008 hingga 2023.
Selain itu, laporan tersebut juga memfokuskan kuasa produktif kualiti baharu dan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), untuk menganalisis peranan faktor-faktor tersebut terhadap keterbukaan dunia.
Laporan itu turut memberikan tafsiran mengenai pengalaman China dalam usaha memperkasakan pembaharuan dan pembangunan berkuatali tinggi melalui keterbukaan bertaraf tinggi, menyumbang pelan China untuk penambahbaikan sistem tadbir urus global dan pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.