PM Li Qiang Berucap pada Majlis Perasmian CIIE Ketujuh

2024-11-06 11:30:36  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh, yang juga Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao, dirasmikan di Shanghai pada Selasa. Perdana Menteri China Li Qiang menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.


Beliau berkata penganjuran CIIE adalah langkah penting China untuk memperluas keterbukaan dan kerjasama, dan juga komitmen negara ini kepada dunia.


“Dalam menghadapi perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam serantus tahun di peringkat global, tambahan pula unilateralisme dan amalan perlindungan bangkit semula, kita lebih perlu untuk mempertahankan dan meningkatkan keterbukaan, demi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran untuk jangka masa panjang,”kata Li.


Sementara itu, Li menekankan komitmen China untuk meningkatkan keterbukaan institut dan membuka dengan lebih lanjut pasaran gergasi negara ini.


Beliau turut mencadangkan komuniti antarabangsa supaya meningkatkan sinergi untuk meningkatkan tahap dan ruang keterbukaan, demi membina ekonomi dunia yang terbuka.