Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Botswana Duma Boko

2024-11-06 10:58:31  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Duma Boko yang dipilih sebagai Presiden Botswana, pada Selasa.


Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa  hubungan China-Botswana mengekalkan momentum perkembangan yang baik, dan kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memuaskan dalam pelbagai sektor seperti pembinaan prasarana, tenaga bersih, perubatan dan kesihatan. 


"Saya mementingkan hubungan China-Botswana dan komited berusaha bersama dengan Tuan untuk mengintensifkan perkongsian strategik agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Xi.