CIIE: Terbuka, Kerjasama, Saling Menang
Majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 telah diadakan di Shanghai pada Selasa, disertai kira-kira 1,500 orang tetamu, antaranya termasuk pemimpin negara dan pertubuhan seratau dan antarabansga, serta wakil dari kalangan politik, perdagangan dan akademik.
Di samping itu, sebanyak 3,496 pempamer dari 129 negara dan kawasan menyertai ekspo kali ini. Kedua-dua angka tersebut masing-masing melebihi jumlahnya pada edisi tahun lalu.
Sementara itu, sebanyak 297 syarikat yang tersenarai dalam 500 syarikat terdepan di dunia atau syarikat peneraju dalam sektor berkaitan menyertai CIIE edisi ini dan angka tersebut juga membaharui rekod.
Angka-angka yang memberangsangkan tersebut membuktikan daya tarikan CIIE serta keinginan pelbagai pihak terhadap keterbukaan, kerjasama, dan saling menang.
Sebagai ekspo peringkat kebangsaan bertemakan import yang pertama di dunia, CIIE diadakan setiap tahun sejak 2018. CIIE kini telah menjadi tingkap bagi pembinaan pola pembangunan baharu di China, platform untuk memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi, serta produk awam yang boleh dikongsi seluruh dunia.
Presiden dan CEO syarikat Shiseido, Umetsu Toshinobu menyatakan bahawa pihaknya telah merasai kesan limpahan yang besar daripada platform CIIE sejak beberapa tahun ini.
Beliau berkata, teknologi, jenama dan produk baharu Shiseido dipamerkan di CIIE, menarik perhatian ramai dan diterima baik oleh para pengguna di negara ini.
"Barang pameran berjaya ditukar menjadi barang pengguna," kata Umetsu.
Menurut data statistik, sebanyak kira-kira 2,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu membuat debut di CIIE sebelum ini dan nilai perdagangan mengikut kontrak melebihi USD420 bilion. CIIE telah menyediakan ruang perkembangan yang meluas kepada syarikat multinasional.