Tambat Hati Pelancong ke Turpan dengan Anggur
2024-11-06 11:30:56 CRI
Turpan yang terletak di "latitud emas" yang sangat sesuai bagi penanaman anggur, merupakan kawasan jelapang anggur yang terluas di China, dengan kapasiti tanamannya mencecah 4,200 hektar melibatkan 550 jenis anggur.
Pada masa yang sama, industri ekopelancongan yang berunsurkan tanaman anggur, bengkel wain, adat resam serta landskap kekampungan juga berkembang maju di Turpan.