Zheng Qinwen Mara ke Peringkat Separuh Akhir WTA Finals

2024-11-07 14:55:00  CRI
Share with:

Jaguh tenis China Zheng Qinwen menewaskan Jasmine Paolini dalam perlawanan Kumpulan Ungu, dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir WTA Finals.


Zheng mengalahkan Paolini denga 6-1, 6-1 dalam pusingan ketiga kumpulan terbabit di Riyadh, Arab Saudi pada Rabu.


Kemenangan ini turut menjadikan Zheng pemain tenis perseorangan kedua dari China yang mara ke peringkat separuh akhir WTA Finals, selepas Li Na pada 2013.