Tinjauan CGTN: China Pasaran Bebas yang Berdaya Saing

2024-11-07 11:41:43  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh yang berlangsung di Shanghai menyaksikan banyak rekod baharu dicatat dengan penyertaan sebanyak 3,496 pempamer dari 129 negara dan wilayah, antaranya 297 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju sektor berkenaan.


Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 33,858 warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 67 peratus responden melihat China sebagai pasaran bebas yang terbuka dan berdaya saing.


Dalam tinjauan itu, 77.5 peratus responden menganggap iklim perniagaan China mempunyai daya tarikan bagi pelabur, sementara 73.9 peratus menyokong negara sendiri serta syarikat domestik mengambil bahagian dalam program kerjasama antarabangsa yang diajukan China.


Sebanyak 78.5 peratus responden pula berpendapat negara sendiri mendapat manfaat daripada perdagangan dengan negara Tembok Besar.


Hasil tinjauan juga menunjukkan 84.3 peratus responden menyifatkan China berperanan penting dalam menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.