PM Li Syor Perkasa Kolaborasi GMS

2024-11-08 13:14:35  CRI
Share with:

Usaha harus dilakukan untuk menambah baik struktur ekonomi serantau yang terbuka dan mewujudkan pasaran raksasa yang lebih cekap dan dinamik.

 

Demikian ujar Perdana Menteri China Li Qiang ketika menghadiri sidang kemuncak ke-8 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar (GMS) di Kunming, provinsi Yunnan pada Khamis.

 

Beliau memberi penekanan bahawa perlunya menitikberatkan pacuan inovasi, meningkatkan penyelarasan dasar berkaitan inovasi, mempercepat pengaplikasian hasil inovasi serta memupuk momentum baharu pembangunan serantau.

 

Li menyarankan supaya ketersambungan diperkasa dari aspek kemudahan infrastruktur serta dasar, undang-undang, peraturan dan piawaian, sekali gus mempercepat integrasi ekonomi serantau.

 

Antara syor lain yang diketengahkan beliau ialah pihak terbabit harus merapatkan koordinasi, mengamalkan multilateralisme jitu, mencipta suasana kerjasama yang kondusif dan terangkum, serta mengukuhkan kerjasama dengan institusi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).