CIIE Bantu Produk LDC Tembusi Pasaran China

2024-11-08 15:12:25  CRI
Share with:

Semakin banyak produk dari negara paling kurang maju (LDC) berjaya menembusi pasaran China melalui platform Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).


Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata sejak dilancarkan tujuh tahun lalu, CIIE sentiasa menyediakan kemudahan untuk LDC sekali gus memacu pembangunan perindustrian dan menambah baik kesejahteraan rakyat negara terbabit.


Tahun ini, sebanyak 37 negara LDC menyertai CIIE dengan tawaran lebih 120 gerai pameran secara percuma untuk mereka.


Mao berkata selaku negara membangun terbesar dan anggota semula jadi Selatan Global, China komited menyokong kerjasama Selatan-Selatan, dan mengangkat keterbukaan sebagai pendekatan untuk merungkai kesukaran pembangunan serta menjana kolaborasi.


Menurut beliau, China akan memberi layanan tarif sifar kepada negara LDC membabitkan 100 peratus garis tarif bermula 1 Disember.


Mao mengulangi komitmen China untuk memperkasa kerjasama dengan negara Selatan Global, menyokong usaha mereka dalam memacu pembangunan dan kemakmuran serta bersinergi ke arah realisasi pemodenan dunia.